Akta Kawalan Harga 1973
Menetapkan harga maksimum untuk barang kawalan seperi beras, tepung , gula, dan susu.
Pengguna boleh menuntut balik bayaran lebihan jika membeli barang melebehi harga maksimum.
Akta Kawalan Bekalan 1961
Meletakkan tanda harga dan label pada barang yang dijual.
Melarang peniaga menyimpan barang-barang kawalan secara berlebihan.
Pengguna berhak mendapatkan bekalan yang mencukupi walaupun pada musim perayaan.
Akta Timbang dan Sukat 1972
Mewajibkan peniaga menggunakan alatan dan sukatan yang memberikan bacaan yang tepat serta mengikut spesifikasi dan disahkan oleh kerajaan.
Pengguna boleh menolak penggunaan alat timbangan yang tidak disahkan oleh kerajaan.
Akta Perihal Dagangan 1972
Memberi hak kepada pengguna untuk mendapat keterangan yang benar dan tepat.
Melarang menyiarkan iklan yang palsu dan mengelirukan.
Akta Sewa Beli 1967
Menyediakan garis panduan perjanjian sewa beli dari segi jenis barang, kadar faedah, dan syarat jualan.
Mengawal selia bentuk dan kandungan perjanjian.
Mengariskan hak dan tanggungjawab pihak-pihak yang terlibat dalam perjanjian sewa beli.
Akta Hakcipta 1987
Memberi hakcipta kepada karya-karya.
Melindugi hak-hak eksklusif tuan punya hak cipta daripada dicabuli pihak lain.
Akta Jualan Langsung 1993
Mewajibkan perniagaan jualan langsung didaftarkan.
Mengawal selia aktiviti jualan langsung dari pintu ke pintu dan melalui pos serta mengharamkan perniagaan sistem piramid.
Akta Elektrik 1973
Mewajibkan peralatan elektrik yang dikeluarkan oleh pengeluar adalah selamat digunakan.
Mensyaratkan setiap barangan elektrik mesti mendapat kelulusan daripada pihak SIRIM.
Akta Label 1980
Pengguna mendapatkan lengkap tentang sesuatu barang dalam labelnya.
Label pada sesuatu barang mesti mengandungi maklumat sepeti harga, nama dan alamat pengeluar, jenama, tarikh luput, arahan penggunaan, kandungan bahan atau ramuan, amaran dan petunjuk, serta jelas dan mudah dibaca.
Ordinan Menjual Makanan dan Dadah 1952 (Pindaan 1983)
Mengawal kualiti bahan makanan dan penggunaan aditif dalam proses pembuatan makanan.
Melarang penggunaan bahan kimia yang membahayakan pengguna.
Peraturan makanan 1985
Memastikan pihak pengeluar meletakkan tarikh guna luput.
Memberi jaminan bagi makanan tertentu.
Meletakkan label pada bekas makanan dan menyatakan ramuan yang digunakan.
Mengawal mutu makanan dan penggunaan bahan aditif yang membahayakan kesihatan pengguna.
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia telah dibentuk di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999. Tribunal ini telah ditubuhkan pada 15 November 1999 oleh kKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Selain mahkamah, tribunal ini merupakan satu saluran alternatif untuk pengguna menegakkan hak mereka dan mendapatkan khidmat nasihat. Para pengguna boleh membuat tuntutan ganti rugi atau pampasan apabila berasa tidak puas hati dan ditipu oleh pengeluar atau peniaga yang tidak beretika dengan menawarkan barang atau perkhidmatan yang tidak berkualiti.
Tribunal ini menyediakan perkhidmatan yang lebih mudah cepat dan murah berbanding dengan tuntutan melalui proses mahkamah yang rumit, memakan masa yang panjang dan belanja yang mahal. Pengguna yang memfailkan tuntutan di tribunal ini dikenakan bayaran sebanyak RM5, manakala proses tuntutan mengambil masa lebih kurang 60 hari. Tribunal tersebut mempunyai bidang kuasa mendengar kes tuntutan ganti rugi yang nilainya tidak melebehi RM25000.
Byk la penipuan dlm menjual brg
ReplyDeletetak guna pun buat apa lah
Kalau kita buat aduan pada pihak tertentu pasti ada jalan penyelsian
ReplyDeleteMashalla nice blog to read, may allah gives you success in every step of life
ReplyDelete