Saudara dinasihatkan oleh pakar pemakanan dan doktor peribadinya supaya mengurangkan pengambilan kalori serta mengambil makanan yang rendah kandungan lemak. Puas dia memikirkan cara yang harus diikutinya untuk mencapai matlamatnya itu. Namun pernahkah anda terfikir mengenai fungsi label makanan yang sering tertera pada hiasan pakej luarannya? Saya gemar menyemak label makanan yang dibeli kerana maklumat yang diperoleh daripadanya memudahkan saya membuat keputusan dalam memilih makanan sihat.
Sejak bulan Mac 2004, kebanyakan makanan komersial yang dijual di Malaysia dikehendaki meletakkanlabel makanan yang menyediakan maklumat kepada orang awam untuk membantu mereka membuat pilihan. Bagi mengelakkan kekeliruan semasa membaca label tersebut, ikutilah tip berikut untuk memahami maklumat penting yang terkandung di dalam label makanan supaya anda dapat membuat pilihan yang terbaik.
Apakah kebaikan mengetahui cara yang betul membaca label makanan?
Sebelum kita meneliti istilah penting yang digunakan, marilah kita renungkan dahulu kebaikan mengetahui cara yang BETUL untuk membaca label makanan:
Memilih makanan yang sihat dan menyeluruh
Label makanan berfungsi sebagai perantara komunikasi dengan pihak pengeluar makanan yang ingin menerangkan kepada pengguna akan kebaikan produknya daripada sudut kesihatan. Ia memberi maklumat mengenai jumlah dan jenis nutrien yang terkandung dalam makanan tersebut.

Menilai makanan
Ilmu pengetahuan adalah kunci penilaian yang baik. Dengan memahami makna istilah yang terkandung di dalam label, kita boleh membandingkan jenis-jenis makanan berdasarkan faktor seperti kandungan nutrien dan kualiti ramuan yang digunakan.

Menjamin kualiti produk
Dengan adanya maklumat pemakanan pada label, pihak pengeluar bertanggungjawab untuk menjalankan prosedur jaminan kualiti supaya maklumat tersebut adalah benar sepanjang masa. Kualiti produk lebih terjamin kerana pihak pengeluar akan berusaha memelihara kandungan nutrien di dalam produknya sepertimana yang tertera pada label.

Kandungan Label: Apakah maklumat yang cuba disampaikan olehnya?
Label bukan sahaja berfungsi sebagai pelengkap hiasan pembungkus makanan, malah ia mampu membantu kita membuat pilihan pemakanan yang bijak sekiranya kita mengetahui cara membaca yang betul dan memahami maklumat yang tertera di dalamnya. Pada label makanan tersebut, kita boleh mengetahui pelbagai perkara penting seperti:
- Kandungan pemakanan: Maklumat ini boleh didapati pada bahagian Maklumat Pemakanan di mana ia menyenaraikan jenis dan jumlah nutrien yang diperoleh apabila kita mengambil produk ini.
- Senarai Ramuan: Ramuan yang digunakan dalam menyediakan produk
- Tarikh Luput: Kita seharusnya sentiasa peka dengan tarikh luput produk dan hanya mengambilnya sebelum tarikh yang tertera kerana kualiti dan kandungan pemakanan di dalamnya akan terjejas sekiranya kita mengambil produk ini selepas tarikh luputnya.
- Pengilang dan Pengeluar: Kenali siapa pengilangnya dan di mana produk ini dihasilkan.
- Perakuan Label: Apabila sesuatu makanan itu diakui sebagai memiliki kandungan “ “ yang tinggi, ini bermakna produk ini telah dirumus khas untuk membekalkan nutrien khusus tersebut kepada anda.
Kenapa ke perlu adanya maklumat Pengilang dan Pengeluar
ReplyDeleteSupaya rakyat malaysia perlu mengathui tentang siapa pengilangnya dan di mana produk ini dihasilkan.cthnya syarikat A tersebut asal mana,berapa tahun beroperasi dan sebagainya
ReplyDeletememang patut periksa kadang ada kedai buat2 lupa
ReplyDeletekat kedai mamak tempat saya kerja selalu jual barang dah luput meggi.. baru tadi beli biscuit taman tempoh adoiii
ReplyDelete